Assalamulaikum..... Salam Sejahera.....

Selamat Datang ke Blog PSS Az-Zahrawi, Sk Seri Telok........

wacana perkongsian Ilmu...

Monday, 27 February 2012

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR







 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat sejahtera.
Salam perpaduan dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. atas limpah dan inayahNya, Profil Pusat Sumber Sekolah ini telah dapat dihasilkan sebagai rujukan dan panduan semua  warga sekolah. Saya  juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha semua warga kerja PSS yang komited menggerakkan fungsi PSS bagi memastikan PSS dimanfaatkan bagi menjana konsep belajar sepanjang hayat  seterusnya mencapai kecemerlangan sekolah keseluruhannya.

Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu unit penting dalam institusi sekolah. Dalam era ledakan ICT, PSS menjadi bertambah penting bukan sahaja sebagai pusat maklumat tetapi juga sebagai laluan intelektual kepada setiap warga sekolah. PSS sekolah ini berteraskan kepada penerapan pembelajaran kendiri serta menggalakkan capaian informasi yang meluas dalam kalangan murid khasnya.
Program-program yang dirancang dan dijalankan menjurus ke arah mewujudkan kecintaan terhadap ilmu, keceriaan dan kondusif serta menyediakan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat. Dalam menjayakan semua program di PSS, kita dapat melihat wujudnya semangat sepasukan (‘Team work’) di kalangan guru dan murid.

PSS kita telah melalui berbagai tranformasi bagi meningkatkan fungsi dan peranan PSS itu sendiri sebagai satu unit penting di sekolah. Kita amat berbangga apabila pada tahun 2001 dan 2010, PSS kita telah menerima  Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Johor. Kecemerlangan PSS telah menjadi budaya sehingga PSS kita menjadi ‘Bench-mark’ kepada sekolah-sekolah dalam daerah Batu Pahat. Kita amat bangga kerana dapat berkongsi pengalaman dengan sekolah-sekolah lain.

Semoga PSS sekolah kita terus cemerlang selaras dengan teras ke 2 perancangan Pelan Induk Pendidikan (PIPP) iaitu membangun modal insan ke arah mewujudkan ‘First Class Human Capital’ seperti yang termaktub dalam dasar pembangunan Negara Malaysia.

“TERUS BERJUANG  SERI TELOK GEMILANG”

Sekian , terima kasih.


PN. HJH HADIJAH BT AHMAD
(GURU BESAR CEMERLANG)
SK SERI TELOK, BATU PAHAT

No comments:

Post a Comment